fbpx

Nepal bakal uji Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon berdepan cabaran untuk merangka strategi terbaik sebelum hadapi Oman, 22 Mac ini.

PETALING JAYA – Kerisauan terhadap persediaan Harimau Malaya akhirnya ternoktah apabila dijadualkan menentang Nepal pada aksi persahabatan tertutup sebelum terbang ke Oman untuk hadapi Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Oman, 22 Mac ini.

Walaupun ia hanya menentang pasukan di ranking ke 175, kesempatan itu dilihat menjadi peluang terbaik buat Harimau Malaya ‘asah taring’ sebelum hadapi Oman yang kini huni tangga ke 80 dunia.

“Kita ada satu perlawanan sebelum ke Oman iaitu menentang Nepal pada 15 Mac ini. Ia sebahagian daripada persiapan pasukan untuk berdepan Oman,” kata pengendali negara, Kim Pan-gon.

Selepas memulakan dua aksi awal Kumpulan D dengan rekod bersih, Oman bakal jadi ujian sebenar buat Harimau Malaya namun Pan-gon mula berkira-kira untuk cuba ‘mencuri’ sekurang-kurangnya satu mata bagi mengekalkan kedudukan selaku pendahulu kumpulan.

Pan-gon kini berdepan cabaran untuk merangka pendekatan terbaik memandangkan saingan Liga Malaysia (Liga M) hanya akan buka tirai Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI