fbpx

Mara perluas tawaran program TVET ke pusat tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memperluaskan tawaran pelbagai program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada pusat-pusat tahfiz di seluruh negara.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ketika ini seramai 558 pelajar tahfiz sedang mengikuti 67 program TVET di pelbagai institusi Mara.

“Yang tiada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pun insya-Allah Mara tidak akan biarkan mereka tercicir. GiatMara boleh bantu untuk tawarkan tempat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini memaklumkan, kerajaan akan memperkenalkan tiga kursus baharu di bawah program TVET.

Beliau dipetik sebagai berkata, ia termasuk program TVET Tahfiz yang bertujuan untuk meluaskan peluang kerjaya kepada pelajar di sekolah tahfiz.

Ahmad Zahid turut memaklumkan, Dasar TVET Negara yang pertama akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan Jun tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI