fbpx

Dua maut nahas libatkan dua treler di Kampar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Treler yang terlibat dalam kemalangan di KM 294.8 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara, Kampar pada pukul 9.30 pagi tadi. - Foto JBPM

KAMPAR – Dua lelaki maut dalam nahas yang melibatkan dua buah treler masing-masing membawa muatan batu dan raga ayam di Kilometer (KM) 294.8 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di sini pada pukul 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, treler membawa muatan raga ayam itu melanggar bahagian belakang treler muatan batu di lorong kiri lokasi kemalangan maut berkenaan.

Katanya, treler yang membawa muatan raga ayam itu turut mengalami kebakaran kecil dan ia berjaya dipadamkan oleh pihak bomba.

“Dua lelaki yang merupakan pemandu treler dan kelindan muatan raga ayam tersepit di dalam jentera berat itu berjaya dikeluarkan anggota bomba namun disahkan meninggal dunia kerana mengalami kecederaan yang serius.

“Sementara pemandu treler membawa muatan batu hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapat rawatan lanjut di hospital berdekatan,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Nazri berkata, lokasi kemalangan itu telah ditutup sementara untuk siasatan lanjut polis dan kerja-kerja pembersihan oleh pihak lebuh raya.

Punca kematian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI