fbpx

SST 8 peratus: Enam aduan diterima Ops Kesan sejak 1 Mac lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan ketika melawat kedai pada majlis Perasmian Kampung Fresh Market Sdn Bhd di Cybersouth Dengkil hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

DENGKIL – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima hanya enam aduan menerusi Ops Kesan yang dilancarkan bermula 1 Mac hingga semalam.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, jumlah aduan yang sedikit itu membuktikan kejayaan Ops Kesan yang mula digerakkan sejak lima hari lalu.

Beliau berkata, Ops Kesan itu diperkenalkan bagi melihat implikasi kenaikan harga barangan selepas kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus bermula 1 Mac lalu.

“Saya fikir inilah keberkesanan pelaksanaan Ops Kesan kerana kita boleh melihat sendiri dan membuat tindakan secara langsung menerusi lawatan ke premis-premis.

“Banyak isu dimainkan di luar sana (mengenai pelarasan kadar SST) tapi tindakan proaktif penguatkuasa kita turun ke premis jauh lebih efektif,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan cawangan baharu Kampung Fresh Market Sdn Bhd di sini, hari ini.

Katanya, sejak lima hari lalu, pihaknya telah melawat 3,460 premis dan mengeluarkan 167 notis kepada premis kerana dikesan membuat pelarasan harga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI