fbpx

6 tahun bersabar, tidak pernah lekang dekatkan diri kepada Allah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isa Samad

PUTRAJAYA – Selepas menjalani pelbagai cabaran selama enam tahun untuk membersihkan namanya, bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad kini mahu menjalani kehidupan bahagia bersama keluarga.

Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini membebaskan Mohd. Isa, 75, daripada sembilan pertuduhan rasuah.

Namun Mohd. Isa tidak menolak kemungkinan kembali ke dalam dunia politik jika beliau masih diperlukan.

“Saya sudah bersara politik, jadi saya tiada rancangan. Politik adalah subjektif, boleh masuk (kembali aktif) dan boleh tidak.

Ia bergantung kepada keadaan. Kalau keadaan baik dan memerlukan, saya (boleh) sertai atau tidak saya sebagai jadi penyokong parti saya tidak berubah.

“Kes pun belum habis lagi, mungkin ada rayuan lain, tapi yang pasti saya adalah penyokong UMNO yang taat setia,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, isteri Mohd. Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid bersyukur atas keputusan mahkamah dan menyifatkan ia satu kemenangan buat keluarga selepas melalui tempoh sukar selama enam tahun.

“Setiap hari tanpa gagal suami akan berdoa kepada Allah, lebih dekat dengan Allah tanpa berjumpa sesiapa untuk mempengaruhi kes dia.

“Ini satu kemenangan bagi kami selepas tunggu enam tahun, tidak ada ke mana-mana, tiada sebarang pembabitan dalam politik hanya berdoa setiap hari, suami juga sentiasa yakin beliau tidak bersalah, saya dan anak-anak sentiasa memberi semangat,” katanya.

Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan Mohd. Isa atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M Komathy Suppiah membuat keputusan secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan Mohd. Isa untuk mengetepikan sabitan dan hukuman itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI