fbpx

[VIDEO] Pemancing nampak helikopter berpusing sebelum terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Riduan berkata, dia melihat sebuah helikopter terbang rendah kira-kira pukul 9 pagi tadi.

KUALA SELANGOR – Sekumpulan pemancing sempat melihat sebuah helikopter AW 139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berpusing sebelum terhempas di perairan berhampiran Pulau Angsa di sini, hari ini.

Saksi kejadian, Mohd. Riduan Kulop Ahmad, 38, berkata, sebelum kejadian dia bersama enam lagi rakannya pergi memancing di sekitar pulau tersebut.

Katanya, dia melihat sebuah helikopter terbang rendah berdekatan boya kuning kira-kira pukul 9 pagi.

“Bagaimanapun, tiba-tiba helikopter itu berpusing-pusing dan jatuh dalam laut seterusnya mengejutkan saya sebelum menghubungi 999 untuk bantuan.

“Bantuan kemudian tiba antara 15 hingga 20 minit bagi menyelamatkan mangsa terhempas itu,” katanya hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan helikoter APMM yang terhempas di Perairan Angsa, Selangor pagi tadi berlaku ketika aktiviti latihan menyelamat.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 9.55 pagi dengan empat penumpangnya terselamat dengan telah diberikan bantuan awal oleh bot pemancing.

Mereka terdiri daripada Leftenan Komander Maritim, Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria, Leftenan Komander Maritim Mohamad Azrol Saidi bersama seorang kru udara Pegawai Waran I Maritim John Ibno dan seorang Perenang Penyelamat, Bintara Maritim Muhamad Nurhayyat Hashim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI