fbpx

Kerajaan tidak abai kepentingan rakyat walau kadar SST naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan sesekali mengabaikan kepentingan majoriti rakyat walaupun bertindak meluaskan asas hasil negara melalui skop percukaian.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, perkara itu terbukti melalui pengecualian kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada lapan peratus untuk perkhidmatan yang menjadi keperluan asas dan gaya hidup rakyat.

“Keputusan kerajaan melaksanakan reformasi cukai adalah secara progresif supaya kesannya adalah kurang dan tidak membebankan majoriti rakyat.

“Dalam mempertimbangkan soal cukai, kerajaan akan pastikan bahawa perubahan cukai perkhidmatan ini tidak akan memberi kesan membimbangkan khususnya kepada golongan rentan Kerajaan akan terus melindungi kebajikan rakyat pada setiap masa,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Rodziah Ismail (PH-Ampang) mengenai kesediaan kerajaan untuk memperkenalkan lebih banyak alternatif percukaian progresif.

Dalam pada itu, Amir berkata, kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana ia akan memberi kesan kepada rakyat.

Menurut beliau, GST bersifat cukai penggunaan yang berasas luas dan kini bukan masa yang sesuai untuk memperkenalkannya memandangkan rakyat terutama berpendapatan rendah sedang berdepan cabaran kos sara hidup.

“Walaupun kadar inflasi 2023 secara purata adalah 2.5 peratus, tetapi bagi makanan dan minuman hampir lima peratus. Kategori ini yang lebih dirasai rakyat jelata dan antara faktor dikekalkan kadar cukai perkhidmatan kepada enam peratus untuk makanan dan minuman.

“Kerajaan akan terus mengutamakan untuk menambah baik sistem percukaian sedia ada dan memperkenalkan percukaian yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI