fbpx

Jerami Castle MADA hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja pemadaman dilakukan ke atas jerami gulung yang terbakar di Kampung Sungai Kering, Jalan Pulau Bunting.

YAN – Jerami gulung yang menjadi tumpuan pengunjung di Kampung Sungai Kering, Jalan Pulau Bunting di sini terbakar dalam kejadian pada pukul 1.10 tengah hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Noorhamidi Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 memaklumkan kebakaran jerami di tapak lokasi jerami gulung terbabit.

“Maklumat awal yang diterima mendapati kebakaran hanya melibatkan jerami dan tidak membabitkan mangsa,” katanya di sini, hari ini.

Noorhamidi berkata, tindakan pemadaman dilakukan anggota BBP Yan selain dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Limau.

Beliau memaklumkan, operasi terkawal pada pukul 1.21 tengah hari dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mengesahkan kebakaran melibatkan produk disediakan mereka itu, namun memaklumkan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga siasatan oleh pihak bomba selesai.

MADA menganjurkan pameran Jerami Castle MADA@Jerai Geopark sejak Jumaat lalu bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Pelbagai aktiviti lain turut dijalankan di lokasi itu antaranya sesi bergambar dengan replika dan produk jerami padi, menunggang kuda, memanah serta jualan produk-produk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI