fbpx

Bangkai helikopter terhempas dijangka dibawa keluar lewat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi menyelamat kejadian helikopter milik APMM terhempas di perairan berhampiran Pulau Angsa, pagi tadi.

KUALA SELANGOR – Bangkai helikopter AW 139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang terhempas berhampiran Pulau Angsa di sini dijangka dibawa keluar selewatnya petang ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Ambia Nordin, proses kawalan masih dilakukan bagi mengelakkan masyarakat memasuki lokasi kejadian.

“Ini kerana masih terdapat bangkai pesawat dan tumpahan minyak. Kami menjangkakan operasi akan berterusan (termasuk bawa keluar bangkai pesawat) sehingga lewat petang ini.

“Semua tindakan susulan berkaitan bangkai pesawat telah diambil tindakan oleh APMM,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan helikoter APMM yang terhempas di Perairan Angsa, Selangor pagi tadi berlaku ketika aktiviti latihan menyelamat.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 9.55 pagi dengan empat penumpangnya terselamat dengan telah diberikan bantuan awal oleh bot pemancing.

Mereka terdiri daripada Leftenan Komander Maritim, Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria, Leftenan Komander Maritim Mohamad Azrol Saidi bersama seorang kru udara Pegawai Waran I Maritim John Ibno dan seorang Perenang Penyelamat, Bintara Maritim Muhamad Nurhayyat Hashim. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI