fbpx

Anwar ucap tahniah Shehbaz Sharif dilantik PM Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika membuat panggilan kepada Shehbaz atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Pakistan yang baharu.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Shehbaz Sharif atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Pakistan yang baharu.

Menerusi catatan di Facebooknya, ucapan selamat maju jaya tersebut disampaikan oleh Anwar menerusi satu panggilan telefon selepas Shehbaz dipilih semula untuk penggal kedua.

Ujarnya, dalam panggilan itu, beliau sempat menitipkan sokongan kepada agenda pembangunan dirancang Pakistan selain menyatakan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dalam meningkatkan hubungan dua hala.

“Kami sempat bertukar pandangan dan penghargaan antara satu sama lain selain menopang peluang untuk pertemuan di Pakistan mahu pun jemputan ke Malaysia dalam masa terdekat.

“Saya juga menitipkan sokongan berkaitan agenda pembangunan dirancang Pakistan dan bersedia untuk bekerjasama dalam meningkatkan hubungan dua hala khususnya berkaitan pelaburan serta perdagangan,” katanya.

Tambah Anwar, Pakistan turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas kelantangan suara dan mesej berkaitan Palestin selain terkait dengan isu dunia Islam sejak kebelakangan ini.

Terdahulu Shehbaz menghadapi cabaran berat untuk menstabilkan ekonomi dan menenangkan ketegangan politik antara kerajaan gabungan yang dipimpin oleh parti beliau Liga Muslim-Nawaz (PML-N) dan pembangkang Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) bekas perdana menteri Imran Khan.

Tiada parti yang mendapat majoriti mudah di Dewan Perundangan selepas pilihan raya 8 Feb lepas.

Shehbaz dipilih ke jawatan tertinggi pada Ahad dengan sokongan daripada parti-parti lain, termasuk Parti Rakyat Pakistan (PPP). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI