fbpx

Sarat hamil, vokal Shila Amzah tetap power!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESKI sarat hamil, Shila Amzah tidak mengecewakan apabila mempamerkan persembahan cemerlang.

KUALA LUMPUR – Sarat hamil bukan halangan untuk penyanyi Shila Amzah memberikan persembahan cemerlang semasa pembukaan Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) di Axiata Arena, Bukit Jalil sehingga menuai pujian ramai.

Malam ini, Shila, 34, berjaya memukau penonton dengan mendendangkan dua buah lagu iaitu Full of Stars milik Coldplay, Hilang Naluri (Once Mekel).

Pada persembahan tersebut, Shila turut berduet dengan Vanessa Reynauld menerusi nyanyian Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter).

“Hamil pun tetap bagi nyanyian hebat, power Shila!

“Gabungan mantap dengan Vanessa. Pembukaan AJL terbaik,” komen netizen.

Difahamkan, usia kandungan Shila kini memasuki trimester kedua.

AJL38 malam ini dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Alif Satar.

Hari ini, sebanyak 12 buah lagu yang bakal bertanding AJL38 esok di Axiata Arena Bukit Jalil ialah Sutera (Aisha Retno), Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Santai (Naqiu), Inilah Jalannya (Masdo), Astana (Ernie Zakri), Darah (Marsha Milan) dan Kalam (Shiha Zikir).

Lima buah lagu lagi ialah Hasrat (Amir Jahari), Ku Cuma (Wany Hasrita dan Afieq Syazwan), Bintang (Hael Husaini), Waktu (Ziana Zain dan Hasif Upin) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar dan Nabila Razali). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI