fbpx

Nyanyian Nabila Razali dipuji sedap, sempurna!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NETIZEM puji peningkatan vokal Nabila Razali ketika berasi di pentas AJL38.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Nabila Razali membuatkan penonton menarik nafas lega apabila persembahan menerusi lagu Selagi Ku Ada di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) duet bersama Khai Bahar berjalan lancar tanpa ada vokal ‘terkucil’.

Tampil anggun mengenakan persalinan gaun meleret rona merah jambu, Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd. Razali, 32, kelihatan tenang dan bersahaja ketika menyanyikan lagu ciptaan sepenuhnya Amylea Azizan sehingga mendapat tepukan gemuruh penonton.

Hasil tinjauan HibGlam mendapati, ramai netizen memuji vokal penyanyi itu kerana menunjukkan banyak peningkatan, malah kedengaran lebih bagus berbanding sebelum ini.

Sedapnya suara Bella (Nabila). Banyak peningkatan berbanding sebelum ini,” puji seorang pengguna Instagram.

“Suara Nabila sangat sempurna malam ini. Tahniah!,” kata seorang lagi peminat.

Terdahulu, ketika edisi AJL35, Nabila yang layak ke pentas berprestij tersebut menerusi lagu Peluang Kedua, hasil ciptaan Hael Husaini dan MFMF dikritik hebat apabila gagal memberikan persembahan dengan baik, terutama pada bahagian korus.

Insiden tersebut membuatkan pemilik nama lengkap Nur Nabila Mohd Razali itu sohor kini dalam aplikasi X.

Ketika peringkat separuh akhir, lagu tersebut juga dinyanyikan sendiri penciptanya, Hael Husaini susulan Nabila terpaksa direhatkan akibat masalah peti suara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI