fbpx

Mantap! Persembahan Ziana, Asif dapat ‘standing ovation’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEMBAHAN Ziana Zain dan Asif mendapat sorakan gemuruh penonton AJL38. - FOTO FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – GANDINGAN penyanyi legenda, Ziana Zain dengan pendatang baharu, Hasif Upin menerusi lagu Waktu di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) mendapat tepukan penonton yang bangkit berdiri usai persembahan.

Tampil dengan fesyen eksentrik serba hitam, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain memukau penonton dengan vokalnya yang mantap malah masih kekal bertenaga pada usia 55 tahun.

Kemunculan sulung Hasif di pentas berprestij itu juga tidak mengecewakan apabila mampu menyaingi kehebatan vokal Ziana membawakan lagu terbabit dengan penuh penghayatan.

Penyertaan Ziana di pentas AJL-38 menjadi tumpuan apabila kakak kepada penyanyi Anuar Zain itu membuat kemunculan semula dalam pertandingan tersebut selepas kali terakhir beraksi menerusi lagu Dingin pada 2008.

Waktu merupakan lagu ciptaan komposer dan penulis lirik Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI