fbpx

Enam kawasan di Kedah catat cuaca panas tahap satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi enam kawasan di Kedah.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, status cuaca panas itu dikenakan bagi kawasan Pulau Langkawi, Kota Setar, Pendang, Baling, Pokok Sena dan Sik di Kedah.

Menurut MetMalaysia, tahap gelombang haba dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Dalam pada itu, MetMalaysia dalam laporan cuacanya pada petang ini melaporkan keadaan cuaca hujan sedang berlaku di kesemua negeri di Semenanjung.

“Penumpuan keadaan hujan di beberapa kawasan dicerap di sekitar selatan negeri Selangor, Melaka, Negeri Sembilan (selatan), barat negeri Johor, pedalaman Pahang, Kelantan dan Terengganu dengan angin timuran yang bertiup ketika ini.

“Keadaan itu dijangka akan membawa keadaan cuaca hujan menuju ke bahagian barat Semenanjung Malaysia,” katanya.

Oleh itu katanya, keadaan cuaca lembap terutama di selatan negeri Kedah, Perak, sebahagian Selangor dan Johor dijangkakan boleh berlanjutan sehingga ke malam nanti.

“Di Sabah dan Sarawak pula, ketika ini keadaan cuaca baik di kebanyakan kawasan di Sabah namun hujan diperhatikan sedang berlaku di sekitar Tawau dan dijangka akan beransur reda sedikit masa lagi.

“Di Sarawak pula, kelompok hujan mula terbentuk di sekitar bahagian pedalaman. Di selatan Sarawak pula angin timuran yang bertiup ketika ini dijangka akan membawa terus lembapan dan terus menumpu di bahagian pedalaman Sarawak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI