fbpx

Warga emas dijel, denda RM10,000 tunggang motosikal ketika mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menunggang motosikal dalam keadaan mabuk, tahun lalu.

Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Toong Chen Qen, 63, yang membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang menunggang motosikal didapati mempunyai kadar alkohol sebanyak 191 miligram (mg) per 100 mililiter (ml) darah melebihi tahap dibenarkan 50 mg per 100 ml darah.

Kesalahan itu dilakukannya kira-kira pukul 2.30 pagi di Jalan Tamby Abdullah dalam daerah Melaka Tengah di sini pada 2 September tahun lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda tidak kurang RM10,000 hingga RM30,000 memgikut Seksyen 45(A)(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan) 2020.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman ringan diberikan dengan alasan dia perlu menjaga tiga anak dan ibu yang sudah uzur, selain bukan lah seorang pemabuk tegar.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhammad Naim Abd Jalil bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara satu hari dan denda RM10,000 atau tambahan empat bulan penjara jika gagal bayar, selain lesennya digantung selama dua tahun. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI