fbpx

Prestasi perdagangan negara kekal kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke.

PUTRAJAYA – Dakwaan kononnya jumlah perdagangan negara merosot pada Januari lalu susulan penurunan perdagangan antara China adalah tidak tepat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, dakwaan itu tidak tepat sebaliknya prestasi perdagangan negara kekal kukuh ketika ini.

Beliau berkata, perkara itu dijelaskan Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (Miti) pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Pagi tadi baru diberikan laporan oleh Miti bahawa jumlah perdagangan negara meningkat 13 peratus bagi bulan Januari.

“Ada sedikit penurunan perdagangan antara China tetapi pasaran Amerika Syarikat menunjukkan peningkatan. Kita berdagang dengan semua negara dan kita bukan berdagang dengan negara China sahaja,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan kononnya prestasi perdagangan negara antara China menurun pada Januari lalu serta impaknya kepada pelabuhan negara.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa prestasi perdagangan di China turun sedikit tetapi ada pasaran lain yang meningkat termasuk Amerika Syarikat.

Anthony Loke berkata, beliau yakin ekonomi negara akan bertambah kukuh dan ia dibuktikan menerusi peningkatan jumlah pengendalian kontena di pelabuhan-pelabuhan negara pada Januari lalu.

Menurutnya, pada Januari lalu, jumlah pengendalian kontena di Pelabuhan Klang meningkat sebanyak 26 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI