fbpx

Ringgit dijangka mengukuh hujung tahun ini – Amir Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan menjangkakan ringgit akan terus mengukuh pada akhir tahun ini serta diniagakan pada kadar RM4.50 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (USD).

Ini kerana kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, jangkaan itu didorong oleh kedudukan ekonomi negara yang dilihat semakin positif.

Malah kata beliau, langkah Bank Negara Malaysia (BNM) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersedia untuk meningkatkan aliran masuk wang ke dalam pasaran pertukaran asing turut mengukuhkan nilai ringgit.

“BNM juga sentiasa bersedia untuk mengambil langkah campur tangan dalam pasaran pertukaran mata wang asing untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan.

“Sebagai contoh, BNM akan menjual mata wang dolar AS daripada rizabnya untuk menyekat kelemahan ringgit yang berlebihan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang ingin tahu mengenai jangkaan kerajaan untuk melihat mata wang negara pulih kepada tahap berpatutan dan langkah-langkah yang diambil oleh BNM untuk mengukuhkan nilai ringgit.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, usaha yanh dilalukan kerajaan itu kini telah menunjukkan keberkesaan.

Justeru katanya, setakat ini tiada keperluan untuk menggunakan instrumen seperti tambat ringgit atau menutup pertukaran ringgit seperti yang dilakukan semasa Krisis Kewangan Asia sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI