fbpx

Operasi MyAirline berakhir, tidak disambung semula – Anthony

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke.

BATU GAJAH – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengesahkan operasi syarikat penerbangan, MYAirline Sdn. Bhd. berakhir apabila prospek pelabur baharu dari Asia Barat menarik diri.

Anthony berkata, berdasarkan pertemuan bersama syarikat bulan lalu, Kementerian Pengangkutan (MOT) memberikan dua syarat penting yang perlu dipatuhi yang membolehkan syarikat itu mendapatkan kembali Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) bagi beroperasi semula.

Dua syarat itu ialah perlu melunaskan tunggakan gaji pekerja dan pembayaran balik kepada penumpang yang terjejas.

“Saya juga berkongsi pandangan dengan mereka mengenai cabaran serta potensi yang ada dalam industri penerbangan negara.

“Jadi syarikat terbabit pada ketika itu sudah menandatangani perjanjian untuk melabur dalam syarikat MYAirline dengan tertakluk kepada beberapa syarat dalam perjanjian itu,” katanya selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Akademi KTM (MYRA) ke-6 yang membabitkan 224 graduan di sini, hari ini.

Semalam, Anthony memberitahu, pihaknya menerima surat daripada pelabur mengatakan mereka membatalkan hasrat itu melalui surat kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

“Mereka sudah menamatkan perjanjian itu, maka mereka menarik diri daripada melabur dalam MYAirline. Itu keadaannya (sekarang),” katanya.

Mengulas mengenai MyAirline perlu mencari pelabur lain bagi memastikan syarikat penerbangan tambang rendah itu beroperasi semula, Anthony berkata, isu itu terpulang kepada syarikat itu sendiri kerana ia kepunyaan swasta namun mempunyai tanggungjawab atau kewajipan utama mematuhi dua syarat diberikan.

“Terpulang kepada MYAirline sama ada nak cari pelabur lain atau sebaliknya, tetapi obligasi mereka tetap ada iaitu (pembayaran balik) kepada penumpang terjejas dan juga pekerja mereka.

“Pekerja MyAirline masih menagih hutang dengan syarikat itu memandangkan semakan dengan Jabatan Tenaga Kerja mendapati mereka masih belum ditamatkan kontrak, jadi obligasi syarikat terhadap pekerja masih berkekalan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI