fbpx

Segmen peruncitan BCorp catat pendapatan rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyusutan pendapatan dalam segmen peruncitan memberi kesan kepada pendapatan Kumpulan BCorp.

PETALING JAYA – Berjaya Corporation Berhad (BCorp) mencatat pendapatan sebanyak RM2.23 billion bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 berbanding  RM2.34 billion tempoh yang sama sebelumnya.

Keuntungan selepas cukai adalah sebanyak RM114.84 juta pada suku semasa berbanding  RM92.08 juta tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, prestasi tersebut disumbangkan oleh segmen peruncitan, hartanah, perkhidmatan dan juga hospitaliti.

“Segmen peruncitan mencatat pendapatan yang rendah ekoran penyusutan hasil daripada perniagaan runcit kerana tindakan boikot masyarakat terhadap Starbucks.

“Perniagaan bukan makanan pula mencatat kenaikan dalam pendapatan ekoran impak pertukaran nilai mata wang asing,” jelasnya.

Bagi prestasi kewangan bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2023, Kumpulan mencatat pendapatan pendapatan sebanyak  RM4.80 billion dan keuntungan selepas cukai sebanyak RM12.86 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 berbanding pendapatan sebanyak RM4.58 billion serta untung selepas cukai RM199.67 juta tahun sebelumnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI