fbpx

Pendapatan Sedania RM14.97 juta suku keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sedania mencatat keputusan kewangan yang luar biasa bagi suku keempat tahun kewangan 2023.

PETALING JAYA – Pendapatan Sedania Innovator Berhad (Sedania) bagi suku keempat tahun kewangan 2023 (4Q23) melonjak kepada RM14.97 juta, naik  sebanyak 86 peratus berbanding  RM8.07 juta yang dilaporkan pada suku yang sama tahun sebelumnya. 

Pertumbuhan ini disumbangkan oleh segmen kesihatan mampan dan fintech.

Bagi tempoh penuh sebanyak 12M23, Kumpulan melaporkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM5.94 juta, peningkatan yang memberangsangkan daripada RM2.13 juta yang direkodkan pada tempoh yang sebelumnya pada tahun 2022. 

Azrin Mohd. Noor

Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) menyaksikan lonjakan luar biasa melebihi 560 peratus kepada RM5.12 juta berbanding RM768,000 pada tempoh yang sama tahun lepas.

Mengulas lanjut mengenai prestasi kewangan Sedania, Pengerusinya, Tan Sri Abdul Halim Ali berkata, Kumpulan kini melangkah ke hadapan dengan penuh optimistik dan fokus untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

“Kami sentiasa berhati-hati dan memberikan komitmen sepenuhnya untuk melakukan yang terbaik,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini kelmarin.

Selain itu, Pengasas dan Pengarah Urusan Sedania, Datuk Azrin Mohd. Noor menerangkan, pihaknya sangat berbesar hati dengan pencapaian luar biasa Kumpulan pada tahun 2023, yang memperkukuh kedudukannya sebagai pemangkin ESG di Malaysia.

“Dengan nilai strategik baharu yang bertujuan untuk memaksimumkan perkongsian dompet pada setiap isi rumah melalui penawaran produk sinergistik, kami yakin untuk mengekalkan keuntungan kami, dengan sumbangan yang signifikan dari segmen kesihatan mampan serta Fintech pada tahun 2024 dan seterusnya,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI