fbpx

Samun: Dua lelaki menyamar pegawai Imigresen ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang kes yang dirampas dalam tangkapan dua lelaki menyamar pegawai Imigresen di Ipoh dan Gerik semalam. - Foto IHSAN PDRM

IPOH – Kelicikan dua lelaki masing-masing berusia 25 dan 26 tahun menyamar sebagai pegawai Imigresen dan melakukan jenayah samun di bandar raya ini sejak minggu lalu berakhir apabila ditangkap polis semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, tangkapan ke atas kedua-dua suspek susulan laporan polis yang diterima berkaitan kejadian samun dengan menyamar sebagai pegawai penguat kuasa.

“Dalam tempoh 23 hingga 26 Februari lalu, terdapat lima laporan polis membabitkan kerugian wang tunai dan harta benda berjumlah RM6,000. Satu operasi khas telah dijalankan bagi mengesan suspek. Kedua-dua mereka berjaya diberkas di kawasan Ipoh dan Gerik,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Yusri berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine dan kedua-dua suspek direman tiga hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI