fbpx

Naik taraf Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Kangsar selesai Februari 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Kuala Kangsar, Perak - GAMBAR HIASAN

IPOH – Projek menaik taraf Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Kangsar yang telah bermula pada 16 Ogos tahun lalu dijangka siap pada 10 Februari 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, kerja-kerja menaik taraf tersebut dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan RM20,262,470 yang diluluskan oleh kerajaan.

“Projek merangkumi pembinaan keseluruhan komponen dan keperluan Jabatan Kecemasan dan Trauma bersama penambahan peralatan perubatan danbukanperubatan keperluan jabatan tersebut.

“Projek ini mampu menyelesaikan isu kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Kangsar selain meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat Kuala Kangsar dan penduduk persekitarannya,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Azizi Mohamed Ridzuan (PN-Lubok Merbau) mengenai perancangan pihak kerajaan dalam menaik taraf perkhidmatan rawatan pakar di Hospital Kuala Kangsar supaya sesuai dengan status Kuala Kangsar sebagai Bandar Diraja.

Sivanesan berkata, Hospital Kuala Kangsar yang beroperasi pada ketika ini telah dibina pada 1901.

Beliau berkata, ia merupakan salah sebuah hospital yang berada di bawah Hospital Kluster Perak Utara yang diterajui oleh Hospital Taiping iaitu sebuah hospital pakar major.

“Turut menganggotai hospital kluster Taiping adalah Hospital Gerik, Hospital Parit Buntar dan Hospital Selama.

“Hospital Kuala Kangsar telah berjaya melaksanakan perluasan bagi enam perkhidmatan kepakaran sejak 2017 iaitu melibatkan disiplin kepakaran perubatan dalaman, pediatrik, perubatan kecemasan, radiologi, psikiatri dan rehabilitasi geriatrik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI