fbpx

Liverpool mula intai kejuaraan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL masih dalam mood terbaik susulan kejayaan menjulang trofi EFL menewaskan Chelsea 1-0 pada final di Wembley kelmarin. – AFP

LIVERPOOL – Biarpun sudah merangkul trofi Piala Liga Inggeris (EFL), namun Liverpool masih dahagakan kejayaan apabila menjadikan Piala FA sebagai sasaran seterusnya.

The Reds yang masih dibuai dengan kemena­ngan itu pastinya mendapat suntikan semangat menjelang aksi pusingan kelima Piala FA menentang pasukan dari Liga Kejuaraan Inggeris, Southampton di Anfield awal pagi esok.

Pemain pertahanan Liverpool, Joe Gomez menggesa rakan sepasukan supaya memberikan sepenuh fokus terhadap aksi menentang The Saints dalam misi mereka memburu gelaran quadruple musim ini.

“Kami tidak mahu terlalu yakin setiap kali turun dalam mana-mana perlawanan kerana setiap pertandingan sangat penting. Kami tidak ada sasaran lain melainkan untuk catat kemenangan.

“Saya dan rakan sepasukan akan mengalihkan fokus ke arah perlawanan seterusnya, iaitu aksi menentang Southampton. Kita tunggu dan lihat apa yang boleh kami lakukan pada perlawanan itu,” katanya.

Gomez turut mendedahkan, kejayaan merangkul trofi EFL masih belum mampu memujuk pengurus, Jurgen Klopp untuk menarik semula keputusannya yang mahu meninggalkan pasukan penghujung musim ini.

“Sudah tentu tidak (Klopp kekal). Kami semua faham bahawa beliau sudah berada di sini untuk tempoh yang lama dan sudah memenangi segala-galanya bersama pasukan, jadi semua orang perlu hormati keputusannya,” ujar Gomez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI