fbpx

Dermawan, rendah diri, Raffi Ahmad disayangi Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFFI bersama iseri dan anak-anaknya.

MENJADI antara selebriti paling berpengaruh serta ahli perniagaan berjaya di Indonesia membuatkan langkah pengacara sensasi, Raffi Ahmad sentiasa menjadi perhatian.

Sikap dermawan suami kepada pelakon Nagita Slavina itu juga disenangi rakan serta peminat sehingga akaun Instagram pasangan suami isteri popular terbabit diikuti lebih 75 juta pengikut.

Tidak hairan, Raffi menerima lebih 3,500 ucapan hari jadi menerusi kiriman WhatsApp daripada insan terdekat termasuk kenalan pada 17 Februari lalu.

Pelakon yang menyambut ulang tahun ke-37 itu dikatakan membalas setiap ucapan sebagai tanda terima kasih atas ingatan mereka.

Perkara itu didedahkan isterinya yang memaklumkan tangan Raffi tidak berhenti seharian kerana mahu membalas kiriman semua orang.

Menurut Nagita, sikap ditunjukkan suaminya itu sememangnya sangat manis bahkan dia juga individu yang sangat menghargai usaha dan ingatan orang lain.

Pasangan yang bertaraf jutawan itu turut disenangi ramai berikutan sikap rendah diri mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI