fbpx

Tunggakan sewa PPR cecah RM1 juta, pasukan task force pastikan penyewa langsai hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sandrea ketika bercakap pada Sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

IPOH – Sikap culas membayar sewa daripada segelintir penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini menjadikan jumlah terkumpul tunggakan sewanya mencecah RM1,063,632 sehingga 31 Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, sehubungan itu, bagi memastikan kelangsungan pentadbiran PPR, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah mewujudkan pasukan task force sebagai langkah bagi menangani penyewa yang culas membayar sewa.

“Apabila terdapat penyewa yang tidak endahkan notis-notis yang diedarkan, pasukan task force ini akan mengambil pendekatan untuk menjalankan sesi konsultasi secara bersemuka.

“Tindakan terakhir yang akan diambil pula adalah dengan mengambil tindakan mahkamah terhadap penyewa,” katanya bagi menjawab soalan Wong Chai Yi (PKR-Simpang Pulai) mengenai jumlah tunggakan sewa perumahan PPR di negeri ini dan usaha menangani masalah berkenaan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sandrea berkata, usaha itu dilihat membuahkan hasil tahun lalu apabila kutipan tunggakan meningkat kepada RM1,428,920 berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah RM919,334.

Dalam pada itu, beliau berkata, secara umumnya, kesemua 16 PPR di seluruh negeri ini yang membekalkan sejumlah 2,876 unit rumah mempunyai permintaan yang tinggi.

“Keadaan ini telah menyebabkan kebanyakan pemohon terpaksa dimasukkan dalam senarai menunggu. Setakat ini, jumlah pemohon yang masih dalam status calon simpanan adalah seramai 950 orang.

“Bagi mengekalkan PPR sebagai rumah transit untuk membantu lebih ramai rakyat dalam jangka masa panjang, serta dalam usaha memendekkan tempoh menunggu, telah diluluskan keputusan untuk kenaikan kadar sewa setiap kali pembaharuan kontrak sewaan iaitu tempoh 2 tahun. Keputusan ini berkuat kuasa bermula 1 Januari 2024,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI