fbpx

Sultan Selangor gesa penggantian paip disegerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin ketika berangkat pada istiadat perbarisan di pekarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hari ini-Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin mengesa semua pihak berkaitan untuk memberikan kerjasama bagi memastikan proses penggantian paip usang di negeri ini dapat disegerakan.

Baginda menegaskan, terdapat 30,500 kilometer (km) paip yang membekalkan air kepada pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Ketika ini, banyak berlaku kejadian paip pecah disebabkan usang, tekanan berlebihan ke atas paip dan vandalisme.

“Kerajaan negeri menyatakan komitmen mengadakan kadar penggantian paip daripada 150 km kepada 300 km setahun,” titah baginda ketika merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal kedua Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Kosmo! pada 4 Februari lalu melaporkan kira-kira 40,000 km paip jenis Asbestos Cement (AC) yang digunakan operator perkhidmatan air di Semenanjung dan Labuan dilaporkan usang, sekali gus menjadi antara punca berlakunya masalah gangguan air di Malaysia.

Sultan Sharafuddin turut menegaskan, baginda mengambil maklum komitmen kerajaan Selangor untuk menangani isu bekalan air dengan mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan risiko dan menjamin keselamatan air untuk negeri.

Baginda bertitah, projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) meliputi semua perancangan kerajaan negeri dalam menguruskan air termasuk air banjir yang akhirnya boleh dijadikan sebagai sumber air untuk dibekalkan bagi tujuan rawatan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) atau kegunaan aktiviti seperti perikanan dan pertanian.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI