fbpx

Sapura Energy mentakrifkan semula penyahtauliahan dengan Kitar Solutions

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dalam langkah strategik bagi menangani pertumbuhan keperluan pasaran untuk menyepadukan perkhidmatan penyahtauliahan di Asia Tenggara, Sapura Energy Berhad (Sapura Energy) melancarkan Kitar Solutions, hasil kerjasama strategik bersama AF Offshore Decom.

AF Offshore Decom merupakan sebuah syarikat terkemuka dari Norway dan pakar dalam servis penghentian/penyahtauliahan di Laut Utara (North Sea).

Dengan gandingan strategik aset-aset Sapura dan halaman fabrikasi di Lumut, Kitar Solutions disasarkan untuk meringkaskan proses penyahtauliahan melalui servis kejuruteraan, penyediaan, penyingkiran dan pelupusan (ERPD).

Menerusi Kitar Solution, Sapura Energy dan AF Offshore Decom mempunyai perancangan untuk memajukan fasiliti sedia ada di Halaman Fabrikasi Sapura Energy di Lumut, sejajar dengan usaha bagi menepati standard alam sekitar tertinggi dalam pengurusan sisa dan kitar semula.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Energy, Datuk Mohd. Anuar Taib berkata, pihaknya komited untuk menerima masa depan tenaga rendah karbon melalui kerjasama dan perkongsian kepakaran teknikal dengan pihak berkepentingan utama, serta memainkan peranan ke arah masa depan yang lebih mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

“Kami sedang memupuk hab serantau yang bertenaga untuk khidmat penyahtauliahan, yang mementingkan penjagaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

“Dengan menerima masa depan tenaga rendah karbon dan melabur dalam komuniti, kami bukan sekadar memberi sumbangan, malah aktif membentuk ekonomi pekeliling,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI