fbpx

Liga Super: Paulo Josue kekal setia di KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSUE masih memiliki kontrak bersama KL City dan bakal menabur bakti untuk tahun kesembilan bersama pasukan itu.

PEMAIN naturalisasi Harimau Malaya, Paulo Josue dijangka terus kekal menyarung jersi Kuala Lumpur City (KL City) bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard berkata, tahap kesetiaan pemain kelahiran Brazil itu cukup luar biasa meskipun The City Boys dibelenggu dengan isu di luar padang khususnya melibatkan tunggakan gaji.

Kata Stanley, buat masa ini Josue akan terus kekal meskipun nama pemain berusia 35 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke kelab baharu pada jendela perpindahan Liga M kali ini.

“Pasukan akan buat sesi penjualan pemain seperti yang telah kita lakukan pada tahun-tahun lepas bagi menambah dana pasukan. Meskipun nilainya tidak besar, tapi kita bangga dapat menjual pemain berpotensi ke pasukan lain.

“Cuma, mengenai Josue saya yakin dia akan kekal kerana dia masih memiliki kontrak bersama kami. Malah, dia juga kapten selain sudah bersama sejak era KLFA lapan tahun lalu dan kini bersama KL City.

“Saya rasa dia takkan berganjak ke mana-mana sebab hati dia di sini (KL),” katanya ketika ditemui.

Josue yang telah bersama KL City sejak 2017 pernah menjulang trofi Liga Premier pada musim pertamanya selain membantu The City Boys menang Piala Malaysia tahun 2021.

Pemain posisi tengah itu telah mendapat taraf kerakyatan Malaysia pada tahun lalu dan dipanggil sertai skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon pada kempen Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI