fbpx

Lagu ‘cinta’ Sarah Suhairi, Alfie Zumi meledak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAGU duet terbaharu Sarah Suhairi dan Alfie Zumi berjudul Setia Akhir Hayat (SAH) meledak dalam media sosial.

REZEKI sememangnya berpihak kepada dua penyanyi muda, Sarah Suhairi dan Alfie Zumi apabila lagu duet terbaharu mereka berjudul Setia Akhir Hayat (SAH) meledak dalam media sosial minggu ini.

Manakan tidak, video muzik yang baru sahaja dilancarkan pada 22 Januari lalu dalam YouTube berjaya mencapai tontonan sebanyak lebih sejuta tontonan.

Bukan itu sahaja, SAH juga kini turut trending dalam aplikasi TikTok apabila ramai menggunakan lagu yang berkisarkan tentang luahan rasa cinta terhadap individu diminati itu sebagai muzik latar untuk video mereka.

Dalam pada itu, SAH turut tular dalam kalangan pengguna TikTok Indonesia dan lebih hampir 600,000 video yang menggunakannya sebagai lagu latar.

Lebih teruja, tarian bagi lagu ciptaan sepenuhnya oleh Kid Ariba itu turut menjadi ikutan sehingga ramai yang melakukan ‘SAH dance challenge’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI