fbpx

Kelab Liga M3 dipanggil ‘temu duga’ minggu depan – MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MFL dan AEON Big meraikan 150 pelajar daripada tiga buah sekolah sekitar Segambut dalam majlis Program Back to School 2024 di Kepong petang tadi.

KUALA LUMPUR – Badan bebas First Instance Body (FIB) akan mengadakan pertemuan ’empat mata’ dengan wakil kelab Liga M3 yang telah memohon lesen luar biasa bagi menyertai saingan Liga Super 2024/2025 pada minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam berkata, pihak FIB juga telah menerima dokumen tambahan yang diperlukan dan kini proses kelulusan memasuki fasa akhir.

“Banyak percaturan musim akan datang termasuk jadual, penilaian stadium serta penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) sedang diadakan ketika ini.

“Mengenai proses permohonan lesen kebangsaan oleh kelab Liga M3, pihak FIB sudah menerima segala dokumen dan akan memanggil wakil pasukan untuk ditemu duga pada minggu depan.

“Kami harap keputusan akan dikeluarkan secepat mungkin,” katanya ketika ditemui hari ini.

Stuart ditemui selepas meraikan 150 pelajar daripada tiga buah sekolah sekitar Segambut dalam majlis Program Back to School 20204 anjuran MFL dan rakan penaja rasmi Liga Malaysia (Liga M), AEON BIG.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan dan Pengarah Urusan AEON Big (M) Sdn. Bhd., Sheikh Faroukh Sheikh Mohamed.

Sementara itu, Hannah menyatakan penghargaan apabila pihak MFL dan AEON Big berjaya menganjurkan Program Back to School 2024 sambil menyeru agar lebih ramai pihak tampil membantu golongan yang kurang berkemampuan.

“Setiap penerima yang dikenal pasti oleh pihak pengurusan sekolah masing-masing telah diberi bantuan sebanyak RM200 seorang dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM30,000 untuk program ini.

“Terima kasih kepada MFL atas sumbangan yang diberikan bagi membantu meringankan beban ibu bapa dalam persediaan anak-anak untuk sesi persekolahan 2024 yang baharu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI