fbpx

Anak pengasuh disaman benarkan kanak-kanak memandu kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tular menunjukkan seorang pemuda membenarkan kanak-kanak memandu kenderaan berlaku di Taman Permainan Taman Daya, Johor Bahru, 18 Februari lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang pemuda disaman kerana membenarkan seorang kanak-kanak memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza susulan gambar tular di laman sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, susulan kejadian gambar tular itu pihaknya melakukan siasatan dan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang pada 18 Februari lalu di Taman Permainan Taman Daya di sini.

“Polis IPD Johor Bahru Selatan mengesan satu gambar tular menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki memandu kenderaan ditemani seorang lelaki dewasa.

“Siasatan mendapati pemuda itu berusia 25 tahun merupakan anak kepada pengasuh kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raub berkata, semasa kejadian pemuda itu didapati membenarkan kanak-kanak terbabit memandu motokar tersebut untuk tujuan mengajar memandu.

Katanya, polis telah melakukan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana terdapat unsur-unsur pengabaian dan mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan fizikal.

“Saman juga telah dikeluarkan atas kesalahan Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI