fbpx

FAMA latih pelajar PSMZA ilmu pemasaran digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Fadlee (kanan) melihat produk jejari tempe dan bebola keju tempe keluaran usahawan IAT pada pelancaran program NBME di PSMZA, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seramai 150 pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) menerima latihan keusahawanan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menerusi program New Breed Marketing Enterprenuer (NBME).

Pengarah FAMA Terengganu, Muhamad Fadlee Hassan berkata, program tersebut melatih ilmu keusahawanan terhadap pelajar terbabit sebagai persediaan apabila mereka menamatkan pengajian kelak.

“Peserta dilatih menjadi ejen pemasar produk usahawan Industri Asas Tani (IAT) yang terdapat dalam portal Agrobazaar Online.

“Program ini bukan sahaja membolehkan peserta menjana pendapatan walaupun masih bergelar pelajar, malah melatih mereka untuk bergelar usahawan apabila tamat pengajian nanti,” katanya ketika merasmikan NBME di PSMZA di sini hari ini.

Muhamad Fadlee berkata, sepanjang program itu, peserta dilatih tentang teknik pemasaran digital.

Jelas beliau, pelajar terbabit didedahkan untuk menjadi ejen pemasar menerusi platform e-dagang sedia ada termasuk Agrobazaar Online.

“Program NBME yang dilancarkan FAMA sejak tahun 2021 telah berjaya mewujudkan 11,091 ejen pemasar dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi tempatan seluruh negara.

“Peserta program tersebut telah berjaya menjana nilai jualan sebanyak RM18. 9 juta dalam tempoh tiga tahun,” katanya.
– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI