fbpx

10 kawasan suhu lebih 35 darjah Celsius petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kira-kira 10 kawasan di sekitar Semenanjung serta Sabah mengalami cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) setakat pukul 4.30 petang tadi.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan tersebut melibatkan lapan daerah di Semenanjung serta dua kawasan di Sabah.

“Semenanjung melibatkan kawasan di seluruh Perlis, Pulau Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kota Setar, Tangkak dan Muar.

“Terdapat dua kawasan di Sabah berada pada tahap 1 (berjaga-Jaga) iaitu Beaufort dan Kota Belud,” kata MetMalaysia.

Menurut MetMalaysia, bagi cuaca panas tahap satu suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI