fbpx

MHL: QNET galas misi wajib menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN-PEMAIN QNET digesa memanfaatkan setiap peluang terhidang dalam dua aksi terakhir saingan MHL musim ini. - FB MHC

PETALING JAYA – Pasukan QNET Phoenix menggalas misi wajib menang menjelang dua aksi terakhir Liga Hoki Malaysia (MHL) menentang Pasukan Hoki Wanita Liaoning dan PDRM Blue Warriors.

Ketua jurulatih QNET, Siti Rahmah Othman menjelaskan, pasukan tersebut perlu mengutip mata penuh pada dua perlawanan itu sekiranya mahu merealisasikan hasrat untuk menjulang kejuaraan liga.

Beliau berkata, barisan kejurulatihan pasukan itu sudah mula melakukan analisis terhadap kekuatan serta kelemahan Liaoning menjelang pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil esok.

“Persiapan untuk menentang Liaoning dibuat amat teliti di mana kami telah mengkaji kekuatan dan kelemahan mereka dalam perlawanan memandangkan mereka adalah pasukan yang sangat berdisiplin.

“Fokus utama pada perlawanan esok adalah bahagian serangan. Kita tahu kekuatan Liaoning ada di mana, jadi sekiranya dihidangkan peluang menjaringkan gol, kita tidak boleh sia-siakannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan rasa terkilan apabila barisan pemainnya banyak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol kerana menganggap perbezaan jaringan merupakan elemen penting dalam saingan musim ini.

“Sebenarnya agak ralat dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini kerana kita banyak terlepas peluang jaringkan gol. Perbezaan jaringan inilah yang akan bantu pasukan untuk naik (kedudukan),” ujar Siti Rahmah.

Ketika ini, QNET mendahului saingan MHL Wanita dengan 17 mata, dua mata meninggalkan Liaoning yang menghuni tangga kedua liga, manakala kedudukan ketiga dihuni Malaysian University (MU) mengumpul 14 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI