fbpx

Jenazah Taib Mahmud tiba di Pangkalan Udara TUDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Abdul Taib dibawa keluar dari pekarangan Masjid Negara, di sini sebelum diterbangkan ke Kuching, Sarawak untuk dikebumikan. FOTO oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud selamat dibawa keluar dari pekarangan Masjid Negara sebelum diterbangkan ke Kuching, Sarawak untuk dikebumikan.

Jenazah dibawa ke Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang sebelum diterbangkan pulang ke Kuching, Sarawak pada pukul 1 tengah hari.

Allahyarham dijangka dikebumikan dengan istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarganya di Demak Jaya.

Turut berkenan berangkat memberi penghormatan terakhir Tengku Mahkota Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, Pemangku Raja Perlis, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Rustam.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Abdul Taib meninggal dunia sekitar pukul 4.40 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Jenazah tiba di Masjid Negara pada pukul 9.11 pagi diiringi petugas Polis Diraja Malaysia dan kenderaan Timbalan Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI