fbpx

Isu kejatuhan ringgit tidak dibincang, BNM sudah ulas – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi bercakap pada sidang akhbar di Kementerian Komunikasi, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Isu kejatuhan nilai matawang ringgit tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang turut menjelaskan isu itu telah dijelaskan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour semalam.

Katanya, isu sama juga telah diulas oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebelum ini.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata, beliau juga ambil maklum mengenai cadangan segelintir pihak supaya kerajaan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) untuk mengukuhkan nilai ringgit.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah menyatakan bahawa kenaikan OPR akan memberi kesan kepada rakyat,” katanya pada sidang akhbar di sini tadi.

Bagaimanapun, Fahmi berkata, ia (keputusan menaikkan OPR) terserah kepada BNM untuk diputuskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI