fbpx

Anak perempuan Taib Mahmud kongsi kenangan manis bersama bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Hanifah Hajar sedang berbual mesra bersama bapanya menerusi perkongsian video di Facebook, sebentar tadi.

PETALING JAYA – Anak perempuan bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud, 87, Datuk Hanifah Hajar Taib, berkongsi kenangan bersama bapanya di media sosial, sebentar tadi.

Hanifah Hajar yang juga Timbalan Menteri Ekonomi dilihat membuat hantaran video yang memaparkan beliau sedang berbual-bual mesra dengan bapanya itu.

“Daddy,” tulisnya ringkas pada kapsyen video berkenaan di Facebook.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Abdul Taib meninggal dunia sekitar pukul 4.40 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang Openg dilaporkan berkata, Kerajaan Sarawak akan memberi penghormatan penuh negeri kepada Allahyarham sebagai tokoh yang telah memberi khidmat bakti cemerlang dalam pembangunan Sarawak dan negara.

Beliau turut memaklumkan bahawa jenazah Abdul Taib akan akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir mulai jam 8 hingga 12 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI