fbpx

PM bakal rasmi Festival Seni Quran, lancar Mushaf Ummah Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Previu ReQAF Bersama Media, hari ini. Foto FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir merasmikan Festival Seni Quran Global Restu (ReQAF) di Kompleks Nasyrul Quran, di sini Sabtu ini.

Timbalan Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Perdana Menteri turut bakal melancarkan Al-Quran Mushaf Ummah yang disalin seramai 100 penyalin pelbagai negara sehari sebelum itu.

Ahmad berkata, naskhah versi Mushaf Ummah pula melibatkan penyalin terbaik dari Malaysia, Turkiye, Brunei, Indonesia, Kemboja, Nigeria, Thailand dan Iran.

“Selain itu, Perdana Menteri kemungkinan besar mengumumkan projek Quranic Village akan dibina serentak Fasa 1 dan 2 yang bertentangan kompleks Nasyrul Quran,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Majlis Previu ReQAF Bersama Media, hari ini.

Beliau walau bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci mengenai usaha pembangunan perkampungan itu namun mengesahkan ia projek ketiga Yayasan Restu melibatkan kawasan berkeluasan hampir 10 hektar dengan kos anggaran RM150 juta termasuk pembinaan Masjid Az Zikir berkonsep Nusantara dan berkapasiti 3,000 jemaah.

Projek berkenaan sepatutnya bermula pada 2021 lalu namun ditunda selepas dibantah keras banyak pihak termasuk oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Perdana Menteri ujar Ahmad, juga akan merasmikan Rumah Islami di Nasyrul Quran yang bakal mempamerkan jubah raksasa berdasarkan ukuran tubuh saiz sebenar Nabi Adam.

“Untuk ReQAF kali ini, kita berharap mampu menarik 100,000 pengunjung sepanjang 10 hari program kerana ia kebetulan berlangsung ketika musim cuti persekolahan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI