fbpx

Askar Jepun dibenar berambut panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota pertahanan Jepun berkawad ketika menyertai latihan ketenteraan di Funabashi, wilayah Chiba pada 7 Januari lalu. – AFP

TOKYO – Rekrut baharu angkatan pertahanan Jepun akan dibenarkan menyimpan rambut panjang dalam usaha kerajaan untuk menarik minat lebih ramai golongan muda bagi menyertai pasukan tersebut, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Pengumuman itu dibuat ketika Jepun bergelut dengan masalah kekurangan anggota di tengah-tengah kebimbangan meningkat mengenai ancaman China dan Korea Utara.

Sebelum ini, hanya potongan rambut paling pendek dibenarkan untuk rekrut lelaki, manakala rekrut wanita dikehendaki memotong rambut pendek.

Namun bermula April depan, peraturan itu akan dilonggarkan di mana rekrut lelaki dibenarkan menyimpan sedikit rambut di bahagian sisi, belakang dan atas.

Anggota wanita pula dibenarkan mempunyai rambut panjang, namun tidak boleh melepasi paras bahu apabila diikat.

Menurut laporan agensi berita Kyodo, berita mengenai peraturan itu pertama kali dilaporkan Januari lalu semasa satu mesyarat panel pakar yang ditugaskan untuk meningkatkan bilangan tentera bagi Pasukan Pertahanan Diri (JSDF) Jepun.

“Memandangkan negara kita menghadapi kekurangan tenaga kerja yang serius, kita menyedari persaingan dengan pihak lain termasuk sektor swasta. Justeru, usaha untuk mendapatkan sumber manusia semakin meningkat,” kata Menteri Pertahanan, Minoru Kihara. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI