fbpx

Agong berkenan terima menghadap ahli pesuruhjaya RCI Batu Puteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap ahli-ahli pesuruhjaya RCI Batu Puteh di Istana Negara, hari ini. - FACEBOOK

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap ahli-ahli pesuruhjaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Istana Negara, hari ini.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada pertemuan tersebut, Seri Paduka Baginda berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada ahli-ahli suruhanjaya itu yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus Sharif.

Turut hadir dalam pertemuan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Pada 14 Februari lepas, Sultan Ibrahim memperkenankan penubuhan RCI yang dilakukan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berpendirian bahawa isu berkaitan Batu Puteh boleh diselesaikan dengan pembabitan langsung Peguam Negara Malaysia dan Singapura secara rundingan.

Anwar juga telah meminta Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Idrus Harun mengadakan rundingan dengan Kerajaan Singapura membabitkan kontroversi tuntutan terhadap Batu Puteh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI