fbpx

Thaksin Shinawatra akan dibebaskan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THAKSIN tersenyum selepas tiba di Lapangan Terbang Don Mueang, Bangkok pada 22 Ogos 2023. – AFP

BANGKOK – Bekas perdana menteri Thailand yang menjalani hukuman penjara, Thaksin Shinawatra akan dibebaskan esok, kata Perdana Menteri Srettha Thavisin, enam bulan selepas Thaksin pulang daripada hidup dalam buangan di luar negara selama 15 tahun.

Thaksin yang dua kali dipilih sebagai perdana menteri, digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006. Dia dihukum penjara lapan tahun kerana kesalahan rasuah dan salah guna kuasa sekembalinya  ke Thailand pada Ogos 2023.

Bagaimanapun, hukuman Thaksin dikurangkan kepada setahun oleh Raja Maha Vajiralongkorn.

Bercakap kepada pemberita hari ini sebelum menaiki sebuah penerbangan, Srettha  berkata,  Thaksin akan dibebaskan pada 18 Februari dan pembebasannya dibuat ‘menurut undang-undang Thailand’.

Butiran sebenar mengenai pembebasan Thaksin tidak jelas tetapi dia mungkin terpaksa memakai alat pengesan kedudukan, manakala haknya  untuk melakukan perjalanan mungkin juga disekat.

Perkembangan itu berlaku selepas Menteri Kehakiman, Tawee Sodsong berkata awal minggu ini bahawa Thaksin, 74, akan termasuk dalam kumpulan 930 banduan yang diberikan pembebasan awal.

“Dia (Thaksin) dalam kumpulan tersebut yang mana mereka berada dalam keadaan kritikal atau berusia lebih 70 tahun,” kata menteri berkenaan.

Media Thailand melaporkan, Thaksin mungkin dibebaskan pada awal pagi tetapi Srettha berkata, beliau tidak tahu butiran mengenainya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI