fbpx

Netizen kritik nasi beriani ‘Barbie’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEENA menunjukkan nasi beriani merah jambu di platform Instagram. - Foto Instagram/@creamycreationsbyhkr

NEW DELHI – Satu rakaman video menunjukkan seorang wanita memasak nasi beriani berwarna merah jambu menjadi tular di India, lapor portal berita Hindustan Times hari ini.

Seorang pengguna Instagram, Heena Kausar berkongsi video makanan tersebut dan memberinya nama beriani ‘Barbie’.

Barbie merupakan anak patung yang popular dalam kalangan  kanak-kanak. 

“Nasi merah jambu ini sebenarnya beriani Barbie,” kata Heena di laman Instagram.

Pada kebiasaannya nasi beriani berwarna kuning.

Dia mencipta hidangan istimewa ini untuk parti bertemakan Barbie di sekolah masakannya, HKR Baking Academy. 

Bagaimanapun, nasi beriani merah jambu itu mendapat kritikan netizen dengan ada yang menulis: “Ini merupakan perbuatan tidak menghormati nasi beriani.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI