fbpx

Kawah gergasi terbentuk akibat bedilan misil buatan Korea Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KIEV – Kawah gergasi terbentuk di dalam sebuah hutan di Ukraine akibat bedilan peluru berpandu buatan Korea Utara yang tersilap sasaran, lapor portal berita metro.co.uk semalam.

Gambar menunjukkan kawah selebar 9.75 meter dan dalam 7.92 meter itu terbentuk di daerah Bucha, wilayah Kiev kelmarin.

Akhbar Defence Express di Ukraine melaporkan bahawa misil tersebut dikenali sebagai KN-23 ialah versi peluru berpandu Iskander, milik Russia.

Peluru berpandu itu dilaporkan meletup apabila pasukan pertahanan udara Ukraine memintasnya di wilayah Kiev selepas dilancarkan ke arah negara itu pagi kelmarin.

Beberapa penyelidik Eropah berkata, peluru berpandu KN-23 mampu membawa peledak seberat 1,500 kilogram berbanding kapasiti peledak Iskander sebanyak 800 kilogram. 

Bagaimanapun, kuantiti peledak dibawa peluru berpandu yang meletup di Bucha itu  masih tidak diketahui.

Peluru berpandu KN-23 mempunyai jarak sasaran maksimum sejauh 683.97 kilometer. 

Jurucakap Tentera Udara Ukraine, Yuriy Ignat mengaku tentera Russia mungkin menggunakan KN-23. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI