fbpx

Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan pantau isu mahkamah syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im ditemui pemberita di Masjid Mahmoodiah Presint 18 Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan bagi memantau sebarang isu membabitkan Mahkamah Syariah di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, jawatankuasa yang berada di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) itu sudah diperkenan oleh Majlis Raja-Raja (MRR) pada sidang lalu.

Beliau berkata, anggota-anggota bagi jawatankuasa itu termasuklah Ketua Hakim Syariah Negeri.

“Nama anggota jawatankuasa ini sudah dipersembahkan dan akan dimuktamadkan pada mesyuarat MRR yang akan bersidang pada 21 Februari ini,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Pelancaran Kempen Kebersihan Tandas masjid dan Surau Bertaraf Lima Bintang peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Mahmoodiah di sini, hari ini.

Katanya, jawatankuasa itu bersifat kekal di bawah MKI berbanding Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibentuk secara interim (sementara).

Mohd. Na’im berkata, jawatankuasa baharu itu akan memainkan peranan untuk melihat isu yang berlaku di Mahkamah Syariah sepanjang masa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI