fbpx

Ranking Harimau Malaya jatuh ke-132 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad Harimau Malaya merekodkan dua kekalahan dan satu keputusan seri pada kempen Piala Asia yang lepas.

PETALING JAYA – Seperti dijangka, ranking skuad Harimau Malaya jatuh dua anak tangga dikedudukan No. 132 dunia selepas berakhir kempen Piala Asia 2023 yang berlangsung di Qatar bulan lepas.

Menerusi kemaskini terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebentar tadi, skuad kendalian Kim Pan-gon terpaksa akur dengan kedudukan terkini berbanding No. 130 yang dicatatkan pada tahun lalu.

Skuad kebangsaan meraih 1110.17 mata ketika ini selepas merekodkan dua kekalahan kepada Jordan dan Bahrain sebelum bangkit mengikat Korea Selatan 3-3 pada peringkat kumpulan Piala Asia baru-baru ini.

Berdasarkan ranking Asia Tenggara, Thailand mencipta kejutan apabila meraih status No. 1 dengan meraih 1206.72 mata di kedudukan ke-101 manakala Vietnam ke-105 (1194.58 mata)

Malaysia kekal menjadi negara ketiga terbaik rantau ini disusuli Filipina di ranking ke-139 (1086.17 mata) dan negara jiran, Indonesia di kedudukan ke-142 (1072.66 mata).

Skuad Harimau Malaya dijadualkan menjalani kem latihan pusat dalam masa terdekat sebagai persiapan mengharungi dua perlawanan kelayakan menentang Oman pada bulan depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI