fbpx

Batal enakmen syariah: Hormati keputusan Mahkamah Persekutuan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 perlu dihormati oleh semua rakyat Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keputusan itu berlandaskan Perlembagaan dan selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

“Isu ini menjadi isu politik, sangat hangat (diperdebatkan). Cerca mencerca, penghinaan kepada hakim dan sebagainya. Jadi keputusan itu menurut tuanku perlu dihormati kerana Mahkamah Persekutuan tunduk kepada hukum dan semangat Perlembagaan.

“Tidak timbul isu hendak meremehkan kedudukan Mahkamah Syariah. Kalau ada pun cadangan dan tindakan boleh rujuk kepada jawatankuasa khas supaya dapat dikaji masalah dibangkitkan, tetapi Perlembagaan tidak boleh dirungkai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Dewan Perindustrian Cina Malaysia, di Hotel Shangri-La, di sini hari ini.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin mengingatkan semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara yang perlu sentiasa didokongi rakyat Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI