fbpx

Bergaduh dengan isteri sebelum ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA KINABALU – Seorang pelancong warga Korea ditemui mati di dalam bilik mandi di sebuah resort di Pulau Gaya pagi semalam.

Mayat lelaki berusia 53 tahun berkenaan ditemui kira-kira pukul 7 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Difahamkan, kejadian disedari seorang pekerja di resort berkenaan apabila mendengar jeritan dari ahli keluarga mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, mangsa bersama keluarganya mendaftar masuk di resort berkenaan pada Isnin lalu.

“Siasatan mendapati, mangsa mengambil dua bilik berasingan. Anak-anaknya di bilik atas manakala mangsa dan isteri tinggal di bilik berlainan.

“Isteri mangsa memberitahu sebelum kejadian dia dan suaminya bergaduh sebelum mengambil keputusan tidur di bilik anak mereka manakala mangsa tidur seorang diri di bilik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Kalsom menyatakan isteri mangsa meminta anak sulungnya untuk mengejutkan bapa mereka untuk bersarapan pada pukul 7 pagi sebelum menemui mayat mangsa.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa,” katanya.

Sementara itu, beliau memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkenaan kejadian kepada pihak bagi memudahkan siasatan lanjut dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI