fbpx

[VIDEO] Pesawat terhempas: Nampak meletup di udara – Saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang giat menjalankan kerja-kerja mencari mangsa di lokasi nahas.

PETALING JAYA – Seorang saksi mendakwa pesawat ringan meletup di udara sebelum terhempas berhampiran kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar, hari ni.

Menurut pengguna TikTok @annaimkamal, terdapat serpihan komponen pesawat tersebut masih melayang di udara selepas terhempas.

“Baru berlaku kapal terbang meletup di udara dan terhempas, di kawasan Tok Muda. Serpihan letupan masih bertembangan di udara,” katanya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor mengesahkan sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, hari ni.

Pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 1.56 petang tadi sebelum menggerakkan dua jentera serta empat anggota keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kapar ke lokasi kejadian.

Menurut beliau kerja-kerja mencari mangsa sedang dijalankan dan jumlah mangsa yang terlibat masih belum diketahui. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI