fbpx

Pesawat terhempas: Dua disahkan maut terbenam dua meter dalam tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein pada sidang akhbar di lokasi kejadian di Kampung Tok Muda, Kapar. - Foto oleh AFIQ RAZALI

KLANG – Dua mangsa dalam pesawat ringan model BK160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar di sini masing-masing disahkan maut hari ini.

Mayat kedua-dua mereka yang merupakan juruterbang berusia 30an dan pembantunya berusia 40an ditemui kira-kira pukul 2 petang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mayat mangsa yang berada di kerangka utama pesawat terbenam pada kedalaman kira-kira dua meter dalam tanah di kebun tersebut.

Menurut beliau, berat badan pesawat ringan berkenaan dianggarkan 1.3 tan.

“Seorang dari Johor dan seorang lagi dari Pulau Pinang berdasarkan kad pengenalan mereka, namun kita akan sahkan sama ada mereka menetap di Selangor.

“Keadaan mangsa belum dapat disahkan lagi sama ada sempurna atau tidak kerana operasi mengeluarkannya sedang giat dilakukan pasukan penyelamat,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian hari ini.

Hussein berkata, pesawat jenis rekreasi itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Subang kira-kira pukul 1.28 tengah hari.

“Juruterbang tersebut juga merupakan jurulatih dengan pembantunya adalah ahli kelab rekreasi tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI