fbpx

Konsert Aizat Amdan, Fabio Asher 24 Februari di JioSpace

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aizat Amdan bakal berkongsi pentas dengan rakan seperjuangan dari Indonesia, Fabio Asher menerusi persembahan An Intimate Night With Fabio Asher and Aizat Amdan.

PETALING JAYA – Buat julung kalinya, penyanyi Aizat Amdan bakal berkongsi pentas dengan rakan seperjuangan dari Indonesia, Fabio Asher menerusi persembahan An Intimate Night With Fabio Asher and Aizat Amdan.

Konsert yang bakal berlangsung di JioSpace, Petaling Jaya pada 24 Februari ini adalah kolaborasi pertama antara penyanyi dua negara itu, sekali gus menjadi malam bersejarah buat mereka.

Menurut Aizat, gandingan bersama bekas peserta program X Factor Indonesia yang popular dengan lagu Rumah Singgah itu diharap menjadi gelanggang perhimpunan buat pengikut tegar mereka.

“Saya mahu menjadikan konsert ini sebagai medium untuk mengeratkan semula hubungan saya dengan peminat.

“Apatah lagi sepentas dengan Fabio yang juga mempunyai kelompok pendengar sendiri, saya pasti malam itu nanti mencipta magis buat semua,” katanya.

Dianjurkan Tanjak Adventure & Tour, kedua-dua penyanyi itu bakal menyampaikan 30 dendangan termasuk beberapa seleksi duet menerusi segmen khas.

Menurut pemilik nama lengkap Muhammad Aizat Amdan, 35, itu, 17 tahun mengukuhkan langkah dalam industri muzik membuatkannya teruja untuk merealisasikan konsert tersebut.

“Banyak kejutan dirancang untuk persembahan mega ini, namun paling pasti kami mahu penonton pulang bersama kepuasan dan memori manis,” ujarnya.

Bagi Fabio yang juga penulis lagu, kehadiran buat kali ketiga di Kuala Lumpur pastinya membawa 1,001 harapan apatah lagi muncul dalam konsert sebesar itu.

“Berkongsi pentas bersama Aizat pastinya bakal menyaksikan kelainan dalam persembahan saya kali ini, malah menjadi malam melankolik yang sarat rasa,” katanya.

Tiket yang dibahagikan kepada  empat kategori termasuk duduk dan berdiri yang bermula pada harga RM198 kini boleh ditempah menerusi laman web, https://tanjak.ubertickets.asia – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI